NAMA: MUHAMMAD FATIREZA BIN ANDIKA 

NO MATRIK: DPH201924264

KELAS: DPIH 5G

TAJUK: KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS MENGIKUT SKIM (9SKIM)                                                 


                                                




APAKAH KEPERLUAN KHUSUS SISTEM JAMINAN HALAL MALAYSIA (HAS) DAN SISTEM KAWALAN HALAL DALAMAN (IHCS) MENGIKUT SKIM  DAN BERAPAKAH SKIM TERSEBUT?


Terdapat 9 skim yang harus dipatuhi dalam Keperluar Khusus Sistem Jaminan Halal dan Sistem Kawalan Halal Dalaman ini yang harus dipatuhi oleh setiap pihak syarikat atau pihak pemohon.


APAKAH PELAKSANAAN YANG PERLU DIPATUHI  BAGI SKIM PRODUK MAKANAN & MINUMAN, KOSMETIK, FARMASEUTIKAL, BARANG GUNAAN DAN PERANTI PERUBATAN?

Dalam skim produk makanan dan minuman, kosmestik, farmaseutikal, barang gunaan dan peranti perubatan ini ada ada beberapa kategori, seperti berikut;





                                                            

                                                                   PREMIS MAKANAN 

Pelaksanaan HAS bagi Skim Premis Makanan berdasarkan beberapa kategori premis adalah seperti berikut;


HOTEL

Haruslah melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan mengikut keperluan yang terkandung dalam MHMS 2020, yang mana pihak syarikat atau pemohon haruslah melibatkan F&B manager atau ketua tukang masak sebagai ahli JKHD dan melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis


KATERING/ KHIDMAT PENYAJIAN MAKANAN/ DAPUR  PUSAT KONVENSYEN

Yang ini pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu industri besar dan sederhana dan industri kecil dan mikro, untuk industri besar dan sederhana pihak syarikat atau pemohon haruslah melibatkan F&B manager atau ketua tukang masak sebagai ahli JKHD dan melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis. Selain itu untu industri kecil dan mikro pula, syarikat atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi beberapa keperluan seperti mewujudkan polisi halal, membangunkan prosedur kawalan bahan mentah dan membangunkan prosedur kebolehkesanan (traceability).


KAFETERIA (PENGURUSAN SECARA BERPUSAT)

Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung di dalam MHMS 2020, Syarikat atau pemohon hendaklah melantik Eksekutif Halal di peringkat pengurusan, menyediakan dokumen HAS sewaktu pemeriksaan dan memastikan Audit Halal Dalaman dilaksanakan ke semua premis di bawah pengurusannya.


PREMIS MAKANAN BERANGKAI

Dalam Premis Makanan Berangkai ini pula Syarikat atau pemohon hendaklah melantik Eksekutif Halal di peringkat pengurusan/ dapur berpusat bagi setiap jenama rangkaian yang berbeza, membangunkan HAS bagi dapur berpusat dan merangkumi rangkaian premis (jika berkaitan), melibatkan pengurus operasi sebagai ahli JKHD, menyediakan dokumen HAS untuk disemak sewaktu pemeriksaan dapur berpusat atau premis, memastikan audit halal dalaman dilaksanakan ke semua rangkaian premis dan menyediakan senarai premis bawah jenama atau rangkaian milikan yang sama.


LAIN- LAIN PREMIS MAKANAN

Syarikat atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan seperti berikut; mewujudkan polisi halal, membangunkan prosedur kawalan bahan mentah dan membangunkan prosedur kebolehkesanan (traceability).


                                                           RUMAH SEMBELIHAN



Skim untuk Rumah Sembelihan ini juga terdapat beberapa kategori yang harus dipatuhi, untuk industri besar dan sederhana pihak syarikat atau pemohon haruslah melibatkan sekurang-kurangnya seorang penyelia atau penyembelih sebagai ahli JKHD dan melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis. Selain itu untuk industri kecil pula, Syarikat atau pemohon hendaklah melaksanakan IHCS dengan memenuhi keperluan ini seperti mewujudkan polisi halal, membangunkan prosedur kawalan risiko halaldan  membangunkan prosedur kebolehkesanan (traceability).



                                                                  LOGISTIK
















                                               SKIM PENGILANGAN KONTRAK (OEM)



Industri Besar dan Sederhana haruslah melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung dalam MHMS 2020. Selain itu, syarikat atau pemohon hendaklah melibatkan bahagian R&D atau bahagian penerimaan bahan mentah sebagai ahli JKHD, membangunkan prosedur kawalan halal bagi penerimaan pelanggan serta penerimaan bahan mentah pelanggan, menyediakan senarai pelanggan, senarai bahan mentah dan produk yang dikilangkan dan melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis. Untuk Industri Kecil dan Mikro pula, syarikat  atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan berikut seperti; mewujudkan polisi halal, membangunkan prosedur kawalan bahan mentah atau kawalan risiko halal, membangunkan prosedur kawalan halal tambahan bagi keperluan khusus dan membangunkan prosedur kebolehkesanan (traceability).


Comments

Popular posts from this blog